Haish, bila berjalan macam dah nampak jalan penamat.
Jadi, perjalanan diteruskan.
Cuma cepat atau lambat sahaja yang jadi kayu pengukur.
Lantas, semakin hampir, semakin laju mengorak langkah.
Tiba-tiba, semuanya fatamorgana.
Bila, toleh ke belakang, rasa-rasanya macam sudah tersasar.
Tersasar jauh, lantas buat U-turn.
Bila U-turn, jumpa pulak dengan roundabout.
Lantas perlu memilih jalan yang betul.
Masa terbuang lagi disitu.
Tak apa, kita belajar dari kesilapan.
Mencuba lagi dan lagi.
Kalau perlu u-turn, u-turn lagi.
Tapi sampai bila harus u-turn.
Masa sudah semakin singkat.
Perjalanan yang dekat, akhirnya menjadi jauh.
Seolah-olah tiada kelihatan lagi penamatnya.
Itulah analogi student yang buat master dan phd by research.
Stress ok..sangat-sangat.
Jurnal hampir jadi makanan. Tidur lena itu bukan prioriti.
Tengah tidur, boleh terjaga bila teringatkan coding belom siap-siap.
Tapi hilai ketawa tetap sama.
Sebab bila kita marah pada kehidupan, itu hanya memburukkan lagi keadaan.
Baiklah, minggu ini pergi bersukaria lagi.
Tapi dalam hati, haish, coding tak siap lagi.
Tak apa, Avengers ada menanti.
Hati berkata” Alah, nikmat tu sekejap je, 2jam lebih je rasa selamat, lepas tu risau balik”
Aku berkata ” Cukupla tuh, at least ada la kat dunia lain sekejap. Penat la bro.”
Ok, terus terang aku cakap dari lubuk hati.
Belajar itu memang susah. Lagi-lagi bila melibatkan algorithm dan simulation.
Baca-baca jurnal, rasa mcm nak telan dan kunyah-kunyah je.
Belum buat writing lagi.
Allah, berikan aku ketenangan itu, kekuatan dari Kau yang Maha Kuat, ilmu dari Kau yang Maha Mengetahui. Tolong aku Ya Allah