Na..

Na, musim hujan datang lagi. Langit yang tadi nya cerah, habanya yang panas menyengat telah pergi. Kini yang tiba adalah awan hitam yang sarat, membawa 1001 emosi pilu, yang tidak diketahui bila terbinanya semua itu.

Na, esok matahari akan terbit lagi, sinarnya pasti akan hangat lagi. Selami perasaan itu, belai ia dengan penuh rasa. Agar bila ia kembali menjengah lagi, kau tau cara melayaninya. Teladani dia, jangan diabaikan, agar dia tak rasa dianaktirikan.

Na, andai esok masih mendung, layani saja. Jangan halau dia. Kerana ia dengan sinar matahari. Membawa seribu makna yang tidak terjangkau dek akal fikiran kita.

Leave a comment