Alami

Malam tadi En Suami balik selepas outstation selama 13 hari. Segamat-Kuantan-Kertih-Pasir Gudang- Seremban-rumah. Perjalanan yang sangat jauh demi mencari rezeki yang halal untuk keluarga kecil kami.

Hari ini suasana rumah terasa lebih nyaman dan aman sekali. Selepas subuh keluar bersama-sama menikmati roti canai telur mata kuah banjir dan air kopi kampung berserta teh tarik. Ni untuk dua orang makan. Seusai mengisi perut, pegi ke pasar pagi untuk mencari dan membeli barang-barang dapur. Landskap pasar pagi berubah sepenuhnya selepas covid19. Para peniaga dan petani tidak berapa ramai yang datang berjualan di pasar. Sayur-sayur kampung pun agak susah untuk ditemui. Harga sayur pun nampaknya semakin mahal. Pucuk paku yang dulunya tak dapat dicekak RM2, sekarang tidak sampai secekak harga yang sama. Harga ikan dan ayam masih dalam kitaran yang sama. Mungkin sebab sayur-sayur kampung sudah tidak ramai orang yang sanggup mencarinya.

Tadi beli ikan tebakang sebesar dua tapak tangan. Selalunya aku makan ikan tebakang ni pada musim banjir atau musim air sungai naik ke kebun sawit belakang umah mertua. En suami la yang rajin mencari ikan sungai menggunakan jaring, aku hanya mengikut dari belakang sebagai teman sahaja. Beria tu takla, tapi geli dengan pacat dan lintah sebetulnya. Selain ikan tebakang, ada beli ketam 3 ekor. Jadila untuk 2 kali masak. Sayur pucuk paku, pucuk manis dan pucuk gajus beserta Nenas MD2 turut dibawa pulang. Tak sabar nak makan nenas MD2, terasa-rasa jusnya melalui kerongkong.

Jadinya menu kita arini ialah, ketam masak lemak, ikan sepat goreng, kerabu pucuk paku, ulam pucuk gajus dan sambal belacan. Macam banyak kan, tapi sebenarna semangkuk setiap satu lauk. Masih lagi masak atas api, belum menggunakan TM6.

Bila En suami ada di rumah, memasak memang akan jadi extra, kepuasan tu lebih. Sebab biasa goreng ikan n goreng sayur, cukupla sorang makan. Rasanya aku menghayati proses memasak itu sepenuh hati, dari potong bawang, tumbuk bawang, tumis,goreng ikan, dan sehingga selesai mengemas selepas memasak. Setiap langkah dilakukan dengan penuh sedar dan alami perasaannya. Sesuatu yang patut diraikan dan dinikmati setiap saat sebelum tiba masa sibuk.

Di saat ini, aku rasakan setiap apa yang kita lakukan, haruslah dengan hati yang sedar dan hayati semua. Kadang-kadang terleka jugak kerana perhatian dan hati kita diragut dengan keseronokan menghadap skrin telefon dan mencemburui kehidupan orang asing di ruang skrin kecil itu. Aku kena belajar be in the moment. Raikan suasana sekarang. Hidupkan hati agar nikmati apa yang ada disekeliling dan depan mata. Semoga kita dijauhkan daripada kufur nikmat.

Sampai disini dulu,

Leave a comment