Rutin

Aku renew kehidupan aku dengan melakukan beberapa rutin yang baru. Ke arah gaya hidup sihat matlamatnya. Selepas subuh, baca mathurat & surah yassin. Dalam pukul 7 semua dah selesai. Aku kena kurangkan masa dengan handphone, tapi rasanya hidup kurang perisa kalau tak scroll social media awal pagi. Ini tabiat yang harus diubah dengan sedikit demi sedikit. Kemudian aku baca buku dalam 5 helai ataupun 1 bab, bergantung kepada best ke tidak apa yang dibaca. Ini adalah sesuatu yang relatif. kadang2 kita boleh tenggelam dengan bahan bacaan, kadang-kadang seolah membaca aksara dihelaian buku. Selesai baca buku, aku mand, siapkan makanan kucing dan memaksa diri untuk keluar rumah. Samada pergi joging di tepi tasik ataupun pegi kelas fitness. Biasanya kalau pegi kelas fitness, 2 jam masa yang akan dikorbankan disitu. Berpeluh memang la tak best, tapi after effect selepas berpeluh dan melakukan senaman beramai-ramai, itu yang aku suka. Rasa hidup, rasa hidup dalam komuniti. Waktu bersenam, tak akan ada orang judge. Semua orang pon melakukan aktiviti yang sama dan mempunyai matlamat yang sama. Biarlah salah langkah pun, pedulikan la. Sekurang-kurangnya aku buat.

Kalau tak pegi kelas fitness, aku berjalan diselang selikan dengan joging. Aktiviti ini amik masa sekejap je, dalam 30 minit. Satu permulaan yang baik. Mendedahkan diri dengan matahari pagi. Rasa bertenaga dan rasa hidup. Mensyukuri semua nikmat yang ada.

Aku rasa suka dengan rutin yang baru. Tak lah hanya terperuk dalam rumah dan buat kek. Stressful sebenarnya bila duduk umah buat kek dan lakukan aktiviti untuk marketing. Sebab smuanya buat sorang-sorang. Duit memang dapat dan rasa seronok. Tapi ntahlah, aku lagi enjoy apa yang aku buat sekarang.Mungkin sebab aku tak fikir apa sangat nak dibeli dengan duit. Buat masa sekarang la, tak tau lah nanti cemana kan. Belum diuji dengan simpanan sebanyak juta-juta atau ditawarkan duit juta-juta. Semoga bila ujian atau nikmat itu datang, aku masih menjadi insan yang bertaqwa.

Sekian. Nanti sambung lagi. Nak kena kasi kucing makan lunch pulak. Kalau tak, nanti aku yang rasa bersalah membiarkan kucing tak makan. Burung-burung pun dah kasi makan pagi tadi. Harap smua binatang yang aku kasi makan, memceritakan hal aku yang baik-baik pada Tuhan.

Kau tahu, aku da mula melihat dunia ini pada perspektif yang berbeza. Nanti aku cita la. Kang panjang jadinya.

Leave a comment