HIDUP

Hidup Bukan Statik

Its been years of hiatus. There are so many things happened and life has been a roller coaster ride. During the covid 19 waves, everyone of us stayed at home. 2 tahun yang dijalani dengan penuh emosi berjaga-jaga dan berharap semuanya akan berakhir dengan selamat. Tahun 2020 aku mula serius jual kek lapis. Aku sangat suka buat kek dan setiap proses pembuatannya aku lakukan dengan penuh rasa cinta dan nyaman sekali. I can read if the cakes will turn out good or not just by read and see the batter. Setiap minggu dapat tempahan dan mestilah seronok sekali kan. Who would think that this would be working and I feel good.

Pertengahan tahun 2021, kami pindah dengan tergesa-gesa, hanya dalam masa 2 minggu kami selesaikan semua urusan pindah. Keadaan sangat genting dengan pkp yang dilaksanakan agak merumitkan pergerakan. Tapi by hook or by crook, we have to moved to another state. Bila dah pindah, within 3 days kena siap kemas semuanya. Tuhan saja tahu how hard it is. Tengah taip ni pon boleh menangis bila fikir. Betapa susahnya waktu tersebut. Semuanya dilakukan untuk mak mertua yang kena mild stroke. The other half nak jaga mak dia dengan duduk berdekatan sebab pkp menyusahkan kami untuk bergerak dari selatan ke utara.

Bermula la kehidupan di negeri baru, tempat baru, suasana baru dan tanggungjawab baru. Suasana pkp menyebabkan hidup bagai terasing dari dunia luar. Perniagaan kek lapis tetap dijalankan seperti biasa. Rasanya hidup boleh diteruskan dengan normal dalam suasana baru ini.

Takdir Allah, hanya 3 bulan sahaja dapat tinggal berdekatan dengan mak mertua. Dia pergi membawa semuanya bersama-sama. Long short story, hanya kesunyian yang tinggal bila mana menjejakkan kaki ke rumah kampung, tinggal abah seorang yang ditemani anak-anak dan cucu yang tinggal serumah.

Bermula la kehidupan yang baru lagi. Menyesuaikan diri lagi dengan perubahan yang berlaku. Penat dan lelah di hati, hanya Tuhan yang tahu. Menerima semuanya dengan redha. Its not easy but it will be worthy. Kita merancang, Tuhan yang menentukan semuanya. Begini rasanya kehilangan seorang mak yang sangat baik hatinya.

Perniagaan kek lapis kembali rancak dan mencapai puncak sewaktu puasa tahun 2022. Bakar kek tanpa henti dan smuanya dilakukan seorang diri. Seronok memang seronok, yela, bisnes sentiasa jalan. Cashflow cantik. Raya pun tiba, saat yang ditunggu-tunggu selepas 2 tahun beraya di rumah sendiri kerana pkp.

Seronoknya raya dapat berjumpa saudara mara yang lama tidak bersua. Raya sangat meriah lebih-lebih lagi kerana raya terkejut. Haha.

How are you guys? Hows your life? Walau apapun, diharap semuanya baik-baik saja. Masalah itu ada disitu untuk diselesaikan, penyelesaian pun ambil masa, ada yang singkat ada yang lama. Just enjoy the process.

Leave a comment