Keep learning

 

At this point of life, I need to learn to tolerate with other people. Especially family. Try my best to get the win-win situation. It’s kinda hard thou, but then, try and try again. Don’t focus on problems, focus on solutions. After all, back to Him. He knows best. Always.

 

Advertisements

Masalah itu indah

Kadang-kadang, tak terlayan masalah orang lain, tak tertanggung.

Sebab belum tentu orang lain nak layan masalah kita kalo asyik hanyut dalam masalah sendiri je.

Sebab, dah pernah jadi macam tuh, orang tak layan pun. Sebab orang tak layanlah, belajar selesaikan sendiri dan jangan sampai tenggelam dan hanyut dalam masalah itu. Alih-alih, bila orang tengok kita kuat, strong menghadapi semuanya.  Bila tengok kita bangkit dan mampu selesaikan sendiri, datanglah berpusu-pusu.

Akhirnya, aku cuma mampu cakap, bersabar dan terus bersabar. Tapi kalau asyik mintak pendapat dan pandangan orang, tapi kau tak buat pun, baik jangan mintak. Sebab orang lain pun malas nak tolong nasihat kalau macam tuh.

 

Itulah manusia, nak yang mudah je. Tak nak lalui yang susah.

Wordless Wednesday

When she cries, nobody notice,

But when she’s happy, the whole world knows,

Irony, isn’t it?

Kerana kesedihan bukan untuk dikongsi semua,

Kerana kegembiraan itu, harapan semua orang,

Namun,

Jangan terlalu banyak menghirup harap, kelak jatuh, kau sesak. Sesak di hati dan minda.

Namun yakinlah pada Dia.

Dimana, diam adalah bahasa Tuhan. Agar hambaNya terus berlapang dada.

Bila Dia Maha tahu semuanya, bahkan sedetik niat yang terlintas di hati kita.

 

Surat untuk Tuhan

Detik dan saat ini, segala harapan aku sandarkan padaMu Tuhan. Kadangkala, dalam esak tangis aku mengadu padaNya.

Tuhan, pada ketika ini, aku mohon, sekiranya apa yang Kau datangkan kepadaku adalah satu anugerah daripadaMu, maka, ajarkan aku erti bersyukur atas kurniaanMu. Namun, sekiranya apa yang datang ini satu lagi ujian dariMu, maka pinjamkan aku kekuatan dan ketabahan lagi sekali. Ajarkan aku erti tawakal itu. Tawakal yang sepenuh hati. Kerana semuanya adalah dariMu.

Tuhan, di saat ini, hati aku berbisik ” kalau tak jadi, itu perkara biasa, aku tak hairan. Tapi sekiranya jadi, itu luarbiasa. Aku hairan” Kau tahukan maksudnya Tuhan. Betapa harapan itu sebenarnya bagai dihujung tanduk. Hanya Kau yang tahu. Kau rencanakan segalanya. Aku tidak tahu apa-apa. Dimana semua adalah rahsiaMu.

Tuhan, betapa aku terbiasa hidup sendiri. Menguruskan perasaan sendiri. Kehidupan sendiri. Tanpa perlu menjaga hati sesiapa. Sehingga aku takut untuk menerima kehadiran sesiapa. Aku tak biasa akan sesuatu yang diluar ketidakterbiasaan itu. Lantas, aku memutuskan untuk diam tanpa menganyam harapan yang tinggi. Harapan yang akhirnya kalau jatuh, membawa sekali roh hati yang entah bagaimana sudah rupanya. Kerana aku pun tak pernah tahu bagaimana keadaannya yang sering patah lagi dan lagi.

Tuhan, sungguh aku takut untuk melangkah ke hari depan. Takut untuk mengetahui sesuatu hakikat, yang aku sendiri tidak pasti. Kau tahukan Tuhan? Kau dengarkan tangis esakku dalam hati. Kau mengerti bisik hatiku yang penuh keluh kesah. Yang seolah-olah tiada penghujungnya. Bukan begitu, Tuhan yang penuh kasih sayang dan pengertian?

Tuhan, ku sandarkan semuanya kepadaMu. Harapan, impian dan segalanya. Kau memegang semua hati para hambaMu. Andai telah kau takdirkan yang terbaik, lembutkan hatiku. Jangan Kau bolak balikkan lagi. Tenangkan dan belai hati ini dengan penuh kasih sayang. Usap dengan kasihMu yang tiada taranya Tuhan. Aku mohon, mohon dengan sepenuh hati yang milikMu.

Dengarkan aku, Tuhan. Dengarkan rintihan ini Tuhan. Kerana Kau Yang Maha Mendengar.

Aturkan jalan hidup yang terbaik untukku, hambaMu yang penuh kekurangan ini. Lapangkan hati ini. Selapanglapangnya.

 

Galau

Bila semuanya datang tiba-tiba,

Hati jadi keruan,

Allah, aku lemah.

Berikan aku petunjuk dan hidayah di setiap gerak langkah, di setiap keputusan, di sepanjang jalan.

Tolong, Allah.

Tuhan yang Maha Mengetahui, Maha Mengasihani, Yang Tahu segala sesuatu, samada dalam terang atau sembunyi. Jika itu yang terbaik untukku, agamaku, duniaku, akhiratku, kurniakanlah tanpa ada rasa sangsi dihati. Lapangkan dada dan permudahkan urusan.

Bila aku memilih

Aku pilih utk sendiri. Aku tak pilih siapa-siapa pun. Maaf, kita tak mungkin berkawan lagi. Aku betul-betul ingin bersendiri. Selama mana, hanya Tuhan yang tahu. Aku harap aku takkan berpatah balik. Tersungkur mungkin ya, tapi tidak berpatah balik. Maaf. Aku memang bukan kawan yang baik. Tapi hati aku yang pernah kau sakiti, tak mungkin akan sembuh lagi. Perhatian yang kau berikan, takkan pernah aku endahkan. Maaf. Aku betul-betul memilih untuk sendiri. Jauhkan diri daripada perasaan yang sia-sia. Kerana aku lelah untuk semuanya. Hati aku hancur. Penuh dengan parut luka. Kepada Tuhan pemilik hati, hanya Dia yang mampu menyembuhkan semuanya. Aku usaha menyerahkan hatiku hanya pada Dia. Biarlah orang lain tak mengerti, kerana bukan mereka yang patah hati lagi dan lagi. Tapi aku.

Biar aku sendiri. Sampai bila? Hanya Penguasa Hati yang tahu.

Segala sms, whatsapp dan apa apa saja, aku baca. Tapi aku memilih untuk diam. Itu ketenangan bagiku.

Its Ramadhan 1434H

Ramadhan datang lagi. Banyak kenangan datang setiap hari.

Tapi Ramadhan yang paling terkesan di hati, Ramadhan 1433H.

i.

Reza Elfi Sophii. Tolong jangan nangis wahai hati. Ramadhan yang lepas, aku temankan Reza beli kain untuk baju melayu. Reza asyik cakap nak sama dengan Aaron Aziz. So, kitorg pergi jakel dan carik kain baju melayu yang Aaron Aziz pakai untuk tahun lepas. We choose the perfect colour that suits him well. Itu tahun lepas.

Tahun ini, tahun 2013. Jakel ada jual baju melayu Aaron Aziz. Apa yang Reza suarakan kat aku pada tahun lepas, menjadi kenyataan pada tahun ini. Tapi sayang, bukan rezeki Reza. Aku terdiam bila membaca iklan tentang  baju melayu Aaron Aziz. Thats remind me of him. The memories. Yes. I cried. He’s not here anymore. But the memories is still here. In my heart. Alfatihah.

ii.

This Ramadhan, I choose to keep silent and listen. So many things happen. I really give my heart a break. Entertain things that only matters.

iii.

     Kalau ada orang tanya ” bila nak kahwin?”

      Jawapannya ” Tahun lepas

      Ada beza di situ.

      Harap kau mengerti.

iv.

       Kalau ada orang tanya ” Bila nak abis belajar?”

      Jawapannya ” Dengan belajarlah kita hidup. Kalau tak belajar, sudah mati satu kehidupan.”

      Sekian merepek.

“I am tired of trying to hold things together that cannot be held. Trying to control what cannot be controlled. I am tired of denying myself what I want for fear of breaking things I cannot fix. They will break no matter what we do.” Erin Morgenstern, The Night Circus

If things want to break, just let them be.
If people want to leave, just let them go.

Learn that thru my own journey.

Ahlan wa sahlan wa marhaban ya Ramadhan Kareem.
Love you lots.